Tuesday, August 10, 2010

~~Ramadan~~

Ramadan kembali lagi.....bila dibuat perkiraan bahawa aku telah diberi keizinan oleh ALLAH untuk berada dimuka buminya selama 28 tahun....semoga umurku dipanjangkan agar dapat ku beribadat dan beramal dimuka bumi ALLAH ini....

Esok bulan puasa menjelang tiba...malam ni dah boleh nak buat tarawikh....sedar atau tidak...begitu cepat masa berlalu dan begitu pantas putaran bumi ini.....

Ya ALLAH, engkau maha besar dalam menciptakan kami dan peredaran bumi ini. Hanya engkau yang mengetahui mana yang benar dan mana yang salah...sebagai hambamu, aku memohon segala keampunan dan tetapkanlah pegangan imanku dan pandulah aku kejalanMU yang benar Ya ALLAH.. bersyukurku kerana masih diberikan nyawa bagi menunaikan ibadahmu dan menyucikan diri di bulan ramadan yang mulia ini....amin
Kepada sahabat2.....aku nak ucapkan selamat berpuasa dan jalani la ibadah puasa dan gunakanlah bulan ramadan ini untuk mengabdikan diri kepada ALLAH yang maha besar....

No comments:

Post a Comment