Wednesday, July 20, 2011

Jumaat yang mendebarkan

Setelah sekian lama aku menyepikan diri…skang aku kembali menulis balik blog aku….maklumla…..berpantang ni susah sket…byk bende nak kene buat…. Huhuh

 Date : 1 Julai 2011 (Jumaat)

Semalam aku baru habis mengikuti kursus dalaman yang dianjurkan oleh Unit STM. Aku dok mengejar kursus sebab kalau boleh bila dah naik dari cuti bersalin nanti tidaklah aku kene ikut kursus yang melambak. Tak sampai ati nak tinggalkan anakandaku keseorangan.. (cheewah!!).. So, dah complete 8 hari dah kursus aku dan aku rasa ada lagi 2 hari yang aku kene topup. Sebenarnya semalam aku kene pegi ke Klinik Gambang untuk check berat dan B/P (Blood Pressure) sebab aku punye berat naik 2kg dan menjadikan berat aku jadi 65..…tapi aku tak pegi sebab aku nak ikut kursus sepenuhnya…. So aku postpone that appointment ke petang ni (suke2 ati aku je kan!!!)…

Banyak dah job list yang aku kene buat sebelum aku cuti ni nampaknya…..adoiilaaa…. dan pagi ni gak aku dapat mesej dari KP aku supaya aku settlekan masalah kat F201 tu.
Antara job list aku ialah:             a) Kew Pa 7 F201
            b) Penyelenggaraan computer F201
            c) Fail SMK
            d) FRP lama n baru
            e) Exam
            dan lain-lain

Nampakkan…banyak betul keje kene buat sebelum cuti……Yess….aku akan settlekan arini dan membawa ke minggu depan. Baik punye plan ni…..Aku da plan nak cuti awal 3 minggu sebenarnya…Borang cuti pun aku dah amik….waaaa…bestnye nak cuti lama….aku dan remind mak ayah aku amik aku kat kuantan 13/7 ni sebab Adie  tak dapat hantar aku (standby untuk BERSIH…huhuhuhu)…

Banyak da plan kat dalam kepala aku sebelum balik kampung dan bile dah sampai kampung…

Sebelum balik kampung…..aku nak kemaskan bilik aku nak bagi cantik…..huhuhu….nak kemas baju yang nak di bawak balik…nak kemas baju baby…nak tanya pakcik Fauzan sapa yang ada bela baby…..n yang paling penting….AKU NAK BERSALIN KAT BP…..

Di Kampung … aku nak belanja mak ayah aku makan best2….pastu aku nak makan satay kat Jengkuan (ye tidak ejaannya)….aku nak beli barang baby lagi sket….nak makan coklat yang mak aku belikan kat langkawi…..n macam2 lagi la….siap nak g jalan2 jumpe anak sedara semua… hhuhuhuhu…

Berbalik kepada cerita asal…..aku aim nak pegi ke klinik petang ni la sebab setakat nak check berat n B/P tu tak la lama sangat…..so pagi tu aku siapkan FRP lama aku..check semua PB n PA…pastu siapkan mastersheet exam….pergh….penat gak buat tu…naik turun, naik turun gak aku….pastu aku siapkan laporan penyelenggaraan untuk di sign pegawai aset dan dihantar ke juruteknik. Lepas aku siapkan laporan tu aku pun anto le ke pegawai aset dan aku naik keatas, solat zohor dan terus ke klinik gambang pukul 3.00. Pukul 3.45 ada temujanji ngn munirah plak… J    setelah aku sampai ke klinik, dengan steady aku pun buat checkup….masa dia check B/P aku….nurse kata tinggi, so depa suruh aku rehat2 dulu….after 10mnts, nurse amik still tinggi….so dia suruh aku baring dulu….after 30mnts….nurse amik lagi still tinggi…aku dah debar da…. Ngape plak ni…..

Pkl 4.45…nurse kata aku kene pegi HTAA sebab depa syak aku ada darah tinggi…..adoi…aku masih relax lagi sebab ingat sekejap je…pastu depa kata kene naik ambulan n mungkin lama gak aku kene stay sana….bile dengar depa cakap macam tu je…..dalam hati aku…. Dag..dig…dug….(macam lagi dangdut plak)….dan final nye aku kene inject 2 kali sblum pegi n aku pun dinaikkan ke ambulan….dan… ning….nong…ning….nong….ning…nong……uwwwaaaaa (hati aku menjerit). Punah harapan aku nak belajo buat kuih tart, mama carie dan biskut raya yang lain…kempunan den…..

Nnti aku sambung plak cite di HTAA……

Tuesday, April 5, 2011

Anda Seorang Dewasa??


Anda tentunya dewasa dan matang bila :

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang
kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

Tuesday, March 8, 2011

~Cerita Kerja edisi 1~

lokasi : Tunas Sejahtera Sdn Bhd (Penang)
~ni time praktikal sijil dulu....bile balik keje je....terus cari port makan n sampai
umah mesti tdo...time ni aku partner ngn che yam n che arni....so di tempat tu kamu bertiga dok skali.....tapi yang kesian che yam sbb tiap2 pagi dia mesti kene memecut utk mengambil n menghantar kitorang....first mesti dia anto che arni dulu sbb arni ni pekerja berdedikasi....last baru dia amik aku sbb aku ni mmg le paling lambat terutama skali ari sabtu sbb aku tgk dragon ball sampai abis dulu...hahhaha..
Ada satu insiden yang paling tak leh aku n che yam lupe....masa perjalanan nak ke tempat keje, aku ngn che yam da lapo so kami berenti kat kedai makan sbb nak beli roti canai...masa tu dah pkl10 n masuk keje mmg pkl10....huhuhu....
che yam: che su, aku macam cam je kete hitam tu......
che su : mana2??? (dan aku pun terpandang...halamak.....bos kecik..~asst bos lalu depan kedai~)
che yam : macam mn ni? habis la kite.....
che su : rilex weh..mesti dia tak nampak kite....nnti aku cover ea....

sampai di opis....aku pun buat muke slamba..makan di opis blakang....tup..tup...bos kecik datang (ampun en shahrun)
bos kecik : sedap roti canai..masak kat umah ke?
che su : mestilah...kami kan rajin....
che yam : (sudah terkulat2.....)
bos kecik : tadi macam nmpak motor RG awak le che yam kat kedai makan...
lepas tu saya macam nampak 2 org budak pakai baju sama mcm
korang pakai ni....
che yam : hmmm..hmmm...(gabra dah....)
che su : (dengan yakin) abg shahrun salah org tu..ntah sape ntah tu td....
hahahah.....
bos kecik : sudahla che su.....byk auta nye....dah petang nnti ikut abg g umah
customer betulkan komputer....
che su : tapi...tapi........(punah plan aku ngn che yam nak makan kat luar)
bos kecik : takde tapi2...padan muke awak...che yam boleh balik awal...

hahahahha...akhirnye...aku didenda balik lewat.....padan muke....

~dan skang che yam ngn bos kecik da kawin da pun....n dikurniakan 2 orang anak....~