Tuesday, June 22, 2010

~Thinking~

Betul ke kata orang....kalau kita memang ade jodoh ngn orng tu, kita akan mimpikan dia?? atau bile org yang kita suke tu masuk dalam mimpi kita, maksudnya orang tu rindukan kita gak.... macam2 interprestasi orang tentang mimpi....bagi yang tak pakar neh, semua tu cume untuk sedapkan hati jer...siapalah kita nak mentafsir mimpikan...





tapi ape yang aku tau, walaupun kiter mimpikan org tu ke, org tu mimpikan kite ke, atau dia terjun dalam mimpi kiter...tak semestinya di dunia realiti kita akan bersama sbb jodoh pertemuan tu kita tak tahu...jadi...jgnlah terlalu percaya pada tafsiran mimpi... Yang penting doa dan solat istikharah.....













waaa.....cube tengok gambar kartun tuh.....macam romatik je kan....nampak sgtkan dia begitu gembira sampaikan mata dia bertukar bentuk hati.....itu jugalah slumrah manusia...sgt suke bile cinta yang diimpikan tu berbalas....tp tak semua ade nasib sebaik itu.....ALLAH faham sifat hambanya dan lebih tahu siapa yang sepatutnya jadi pasangan hambanya tu...

tambahan, jangan terlalu bencikan seseorang sebab kadang2 orang tu yang akan lebih kita suka atau sbnrnya dia lah yang lebih faham kita.... dan mungkin dialah sebenarnya pasangan hidup kita. dan jangan terlalu SUKAKAN seseorang sbb bila tak dapat kita akan kecewa dan lebih emosional.....biasalah tu....aku pun ade gak pengalaman macam neh...tp bile ingat semula, macam best gak ade pengalaman tragis macam tuh....

Sahabat2 tersayang

seronok betul masa belajar2 bile diingat semula kan.....kenangan manis ke, pahit ke, masam ke.....semua bercampur aduk.. Tapi yang penting, aku dapat gak habiskan diploma n sijil aku bersama rakan-rakanku di Penang.... Gambar kat sebelah ni la kawan2 aku masa aku kat Poli dulu.....cume sorang lagi je tertinggal sbb dia tak join JPA3 macam kitorang....

tapi masa ni aku rasa aku kurus sket....skang ni aku dah semakin chubby.....cantik gak kan....ahaks.... dalam gambar ni dua org dah selamat kawin dah n aku ngn member lagi sorang je tertinggal bas... tp tak pe, tunggu nanti aku kejar korang...:)

che yam, aku, yan n nozi....ni la sahabat susah senang aku masa kat poli....tidak dilupakan yang takde dalam gambar neh...azwa....tp gambar neh masa aku ngn diorang sama2 amik sijil....skang ni masing2 dah berjaya n dapat kerja yang baik....

che yam-keje gov, aku-ngajar, yan-PSAS, nozi and azwa-CIMB group. kitorang ade combination 2 course + budak komputer campur ngn budak commerce.. Bile time study, pening gak kepala...byk sgt ilmu2 yang terbang n bercampur2....

~Cinta dan Sayang~

perasaan cinta dan suka pada seseorang itu adalah lahir tanpa sengaja dan dirancang. seseorang itu akan tertarik pada seseorang yang lain (berlainan jantina) adalah mungkin kerana attitude, wajahnya atau juga life ataupun harta individu itu. tidak mustahillah kita adalah diantara mereka yang menyukai atau disukai oleh seseorang. tetapi perlulah diingat bahawa setiap apa yang kita mahukan tidak semestinya mendapat hasil yang seperti diharapkan.

tidak salah untuk kita cinta dan meyukai seseorang tetapi tidak semestinya apa yang kita harapkan akan beroleh hasil seperti yang diimpikan. mungkin pada satu masa kita menyukai seseorang tetapi dia pula mempunyai sikap yang sebaliknya. dan mugkin juga terjadi, kita akan mendapat respond seperti yang diharapkan dan nantikan. jika perkara itu terjadi, mungkin kita adalah antara mereka yang gembira dan bersyukur kerana mendapat apa yang diharapkan.

walauapapun, jika kita mendapat sesuatu seperti yang diharapkan, janglah kita lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberi kita jalan untuk mecapai impian yang diharapkan tetapi jika sebaliknya pula, janganlah pula kita menyalahkan sesiapa kerana ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku. Allah maha mengetahui segala apa yang terjadi.

~coretan ringkas~