Friday, July 30, 2010

#Monolog#

Ya Allah Ya Tuhanku...ampunkan segala dosa ku..dosa ke dua ibu bapa ku, dosa ahli keluargaku dan dosa rakan-rakanku...sesungguhnya aku hanyalah insan biasa dan terlalu banyak kekurangan dalam diriku....aku tidak layak untuk mendambakan syurgamu yang terlalu suci tetapi aku berusaha untuk memasuki syurgamu... amin

Setiap manusia yang hidup di dalam dunia ini tidak dapat lari dari sebarang kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, kita perlulah sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu akhirat serta ilmu dunia. Tanamkan sifat cintakan Islam dalam diri, Insyaallah kita akan selamat. Mudah untuk menulis dan berkata-kata tetapi berapa ramai yang berjaya melaksanakannya? Termasuklah diri ini yang memang banyak kelemahannya.

Kadang2 saya memerlukan sahabat-sahabat yang boleh mengingatkan saya kepada akhirat. Saya rindukan diri saya yang dahulu, kehidupan yang dahulu dikelilingi sahabat2 yang sentiasa mengingatkan dan mengajak saya untuk sentiasa mengingati diri sebagai insan yang diberikan nyawa oleh ALLAH untuk mentadbirkan bumi ini. Saya juga bersyukur dengan kehidupan saya kini kerana mempunyai sahabat2 yang memahami dan sentiasa membantu dikala kesusahan.

Peristiwa yang berlaku kepada sahabat saya sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya kini. Dimana ajal maut itu semua ketentuan ALLAH. Betapa kuatnya diri mereka menghadapi kehilangan insan2 tersayang didalam hidup mereka.

Ya Allah, engkau cucuri rahmat keatas roh-roh mereka yang telah pergi, dan ENGKAU tempatkan mereka dikalangan para salihin. Ya Allah, engkau tabahkan hati sahabatku dalam menghadapi semua dugaan yang telah engkau turunkan.


2 comments:

  1. mmg sedeh bila hilang org tersayang..hanya org2 yg penah mengalami aje yg faham..tp life must go on kan...

    ReplyDelete
  2. betul akak.....tapi semua ujian yang ALLAH turunkan mesti ada hikmahnya..ALLAh tahu kemampuan setiap makhluknya

    ReplyDelete