Sunday, July 4, 2010

**Sunday Blues**

~~Sekadar coretan dan berkongsi pendapat tentang kehidupan. Semua pendapat adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga pemikiran sendiri~~





Terlalu banyak peristiwa, kejadian, dugaan, cabaran, kesedihan, kegembiraan dan berbagai rencah kehidupan yang kita telah, sudah dan akan lalui sepanjang kehidupan kita. Semua yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku memberi kita pelbagai pengalaman dan sedikit sebanyak dapat memberi kita kesedaran mengenai kehidupa kita. Tidak semua yang kita lalui memberi kesan yang baik dan tidak semua perkara juga memberi kesan yang buruk kepada kita. Yang penting, AKAL yang dikurniakan ALLAH dan juga keimanan yang ada dalam diri dijadikan panduan untuk membuat keputusan dalam kehidupan kita.



Manusia dikurniakan AKAL untuk berfikir. Manusia yang dijadikan ALLAH dikurniakan AKAL dan NAFSU. Perkara yang penting sekali yang perlu diingat dan disemat di hati adalah... AKAL digunakan untuk menwal NAFSU dan bukannya NAFSU yang mengawal AKAL kita. Sering kali kita terbaca...ikut hati mati, ikut nafsu binasa... renungkanlah kenapa kata-kata itu boleh wujud.



Kita selalu berasa gembira bila apa yang dikehendaki dapat diperolehi dan berasa duka bila apa yang diimpikan terlepas dari tangan kita. Tapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita boleh terlepas dari mendapatkan impian kita?? Sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmah yang disembunyikan ALLAH dimana akhirnya ia akan memberi kebaikan dalam kehidupan kita. Contohnya, kita mengimpikan mempunyai rumah yang besar dan kereta yang mahal. Dengan itu, kita bekerja bersungguh-sungguh, kumpul duit. Sampaikan ada buat bisnes, kerja tambahan selepas kerja. Kita berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan itu. Tapi akhirnya, kita masih tidak dapat mengecapinya malahan bila duit yang kita usahakan itu sudah agak mencukupi, ada saja perkara yang datang yang memerlukan kita untuk menggunakan duit hasil titik peluh kita itu. Pernahkah kita terfikir kenapa ianya terjadi? Jika terjadi perkara tersebut, cuba kita renungkan semula puncanya. Pernahkah kita renungkan sepanjang usaha kita memenuhi impian yang kita harapkan itu, ada kekurangan dari segi pelaksanaannya. Bagi yang ISLAM, sepanjang kita mengumpul harta, adakah kita ada meninggalkan SOLAT, PUASA, IBADAT dan juga SEDEKAH? Sedangkan itulah yang dituntut oleh ISLAM bagi hambanya. Adakah kita ingt untuk membelanjakan harta kita bagi kemudahan keluarga kita?? Bagaimana dari segi membahagiakn IBU dan AYAH yang telah membesarkan kita dan membelanjakan wang untk kesenangan anak tersayang dan memerah tenaga bagi mendapatkan sesuap nasi?? Adakah kita masih ingat itu semua.



Lagi, pernahkah kita terfikir, bila kita dah dapat rumah besar dan kereta mahal, apakah yang terjadi dengan kehidupan kita?? Adakah kita masih berperangai seperti sebelumnya contohnya suka merendah diri, berbelanja mengikut keperluan, mudah memberikan pertolongan?? Adakah kita tahu?? Oleh itu, sekiranya kita masih tidak dapat meggapai impian kita dalam hidup...ada hikmah yang kita tidak tahu.



IMPIAN penting untuk memajukan diri tetapi jangan jadikan IMPIAN itu memusnahkan hidup kita...

No comments:

Post a Comment