Charles Gordy said, "A smile is an inexpensive way to change your looks." A happy facial expression is one that people respond too; it reminds us of the saying, "smile and the whole world smiles with you". And, smiles are understood in all languages.
Friday, July 30, 2010
#Monolog#
Setiap manusia yang hidup di dalam dunia ini tidak dapat lari dari sebarang kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, kita perlulah sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu akhirat serta ilmu dunia. Tanamkan sifat cintakan Islam dalam diri, Insyaallah kita akan selamat. Mudah untuk menulis dan berkata-kata tetapi berapa ramai yang berjaya melaksanakannya? Termasuklah diri ini yang memang banyak kelemahannya.
Kadang2 saya memerlukan sahabat-sahabat yang boleh mengingatkan saya kepada akhirat. Saya rindukan diri saya yang dahulu, kehidupan yang dahulu dikelilingi sahabat2 yang sentiasa mengingatkan dan mengajak saya untuk sentiasa mengingati diri sebagai insan yang diberikan nyawa oleh ALLAH untuk mentadbirkan bumi ini. Saya juga bersyukur dengan kehidupan saya kini kerana mempunyai sahabat2 yang memahami dan sentiasa membantu dikala kesusahan.
Peristiwa yang berlaku kepada sahabat saya sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya kini. Dimana ajal maut itu semua ketentuan ALLAH. Betapa kuatnya diri mereka menghadapi kehilangan insan2 tersayang didalam hidup mereka.
Ya Allah, engkau cucuri rahmat keatas roh-roh mereka yang telah pergi, dan ENGKAU tempatkan mereka dikalangan para salihin. Ya Allah, engkau tabahkan hati sahabatku dalam menghadapi semua dugaan yang telah engkau turunkan.
~~Doa Untuk Kekasih~~
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
Tuesday, July 20, 2010
++my busy day++
kadang2 aku terpikir semula....macam mn la aku ni leh pilih bidang mengajar untuk kerjaya aku sepanjang hidup ye?? kadang2 aku rasa macam tak sesuai je aku jd pengajar. Tapi tu la, tak semua yang kita rancang, yang kita anggar bakal jadi kenyataan.... hmmmm... just thinking.
Tuesday, July 6, 2010
My Members (Ep 1)
Ni gambar geng2 ku masa sambung Master Edu di UTHM. dari kiri Puan Jenab (Zainatul), Cik Cda (Rosieda), Puan Iman (Halimah) dan of course le aku...Cik Surey... Dalam geng aku neh, aku ngn Pn Jenab je posting kat KK, Cda plak dpt posting kat sekolah n Imah, masih tunggu panggilan keputusan temuduga. Kepada Imah: I ucapkan u berjaya tau. Gambar ini diambil masa kitorang buat program pertolongan cemas..
Masih juga orang yang sama dengan gambar diatas cume tambahan seorang lagi ahli iaitu En Fadzil..Dia ni kadang2 sebagai penceria kumpulan kami sebab dia ni kuat gak membebel...hehheh..
Ni plak gambar masa kat KUKTEM(UMP). Dari kiri Puan Myza dan disebelah kanan sekali adalah Puan Liyana....Nampaknye saya sorang je yang masih bergelar Cik Surey. Terpaksalah saya amik tiket bas ekspress tambahan nak mengejar mereka2 nih. Gmbar ni diambil masa Puan Liyana datang melawat kami di KUKTEM... hehehhe