Tuesday, June 22, 2010

~Cinta dan Sayang~

perasaan cinta dan suka pada seseorang itu adalah lahir tanpa sengaja dan dirancang. seseorang itu akan tertarik pada seseorang yang lain (berlainan jantina) adalah mungkin kerana attitude, wajahnya atau juga life ataupun harta individu itu. tidak mustahillah kita adalah diantara mereka yang menyukai atau disukai oleh seseorang. tetapi perlulah diingat bahawa setiap apa yang kita mahukan tidak semestinya mendapat hasil yang seperti diharapkan.

tidak salah untuk kita cinta dan meyukai seseorang tetapi tidak semestinya apa yang kita harapkan akan beroleh hasil seperti yang diimpikan. mungkin pada satu masa kita menyukai seseorang tetapi dia pula mempunyai sikap yang sebaliknya. dan mugkin juga terjadi, kita akan mendapat respond seperti yang diharapkan dan nantikan. jika perkara itu terjadi, mungkin kita adalah antara mereka yang gembira dan bersyukur kerana mendapat apa yang diharapkan.

walauapapun, jika kita mendapat sesuatu seperti yang diharapkan, janglah kita lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberi kita jalan untuk mecapai impian yang diharapkan tetapi jika sebaliknya pula, janganlah pula kita menyalahkan sesiapa kerana ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku. Allah maha mengetahui segala apa yang terjadi.

~coretan ringkas~

No comments:

Post a Comment