Friday, July 30, 2010

#Monolog#

Ya Allah Ya Tuhanku...ampunkan segala dosa ku..dosa ke dua ibu bapa ku, dosa ahli keluargaku dan dosa rakan-rakanku...sesungguhnya aku hanyalah insan biasa dan terlalu banyak kekurangan dalam diriku....aku tidak layak untuk mendambakan syurgamu yang terlalu suci tetapi aku berusaha untuk memasuki syurgamu... amin

Setiap manusia yang hidup di dalam dunia ini tidak dapat lari dari sebarang kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, kita perlulah sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu akhirat serta ilmu dunia. Tanamkan sifat cintakan Islam dalam diri, Insyaallah kita akan selamat. Mudah untuk menulis dan berkata-kata tetapi berapa ramai yang berjaya melaksanakannya? Termasuklah diri ini yang memang banyak kelemahannya.

Kadang2 saya memerlukan sahabat-sahabat yang boleh mengingatkan saya kepada akhirat. Saya rindukan diri saya yang dahulu, kehidupan yang dahulu dikelilingi sahabat2 yang sentiasa mengingatkan dan mengajak saya untuk sentiasa mengingati diri sebagai insan yang diberikan nyawa oleh ALLAH untuk mentadbirkan bumi ini. Saya juga bersyukur dengan kehidupan saya kini kerana mempunyai sahabat2 yang memahami dan sentiasa membantu dikala kesusahan.

Peristiwa yang berlaku kepada sahabat saya sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya kini. Dimana ajal maut itu semua ketentuan ALLAH. Betapa kuatnya diri mereka menghadapi kehilangan insan2 tersayang didalam hidup mereka.

Ya Allah, engkau cucuri rahmat keatas roh-roh mereka yang telah pergi, dan ENGKAU tempatkan mereka dikalangan para salihin. Ya Allah, engkau tabahkan hati sahabatku dalam menghadapi semua dugaan yang telah engkau turunkan.


~~Doa Untuk Kekasih~~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tuesday, July 20, 2010

++my busy day++

sibuk betul rasanye ari ni...sbb aku dok sibuk siapkan FRP aku..... nak bagi semangat sket untuk semester ni la...rasanye cantik n kemas sket FRP aku sem ni rasanye. (berlagak sket)

kadang2 aku terpikir semula....macam mn la aku ni leh pilih bidang mengajar untuk kerjaya aku sepanjang hidup ye?? kadang2 aku rasa macam tak sesuai je aku jd pengajar. Tapi tu la, tak semua yang kita rancang, yang kita anggar bakal jadi kenyataan.... hmmmm... just thinking.

Tuesday, July 6, 2010

My Members (Ep 1)




Ni gambar geng2 ku masa sambung Master Edu di UTHM. dari kiri Puan Jenab (Zainatul), Cik Cda (Rosieda), Puan Iman (Halimah) dan of course le aku...Cik Surey... Dalam geng aku neh, aku ngn Pn Jenab je posting kat KK, Cda plak dpt posting kat sekolah n Imah, masih tunggu panggilan keputusan temuduga. Kepada Imah: I ucapkan u berjaya tau. Gambar ini diambil masa kitorang buat program pertolongan cemas.


.
Masih juga orang yang sama dengan gambar diatas cume tambahan seorang lagi ahli iaitu En Fadzil..Dia ni kadang2 sebagai penceria kumpulan kami sebab dia ni kuat gak membebel...hehheh..

Ni plak gambar masa kat KUKTEM(UMP). Dari kiri Puan Myza dan disebelah kanan sekali adalah Puan Liyana....Nampaknye saya sorang je yang masih bergelar Cik Surey. Terpaksalah saya amik tiket bas ekspress tambahan nak mengejar mereka2 nih. Gmbar ni diambil masa Puan Liyana datang melawat kami di KUKTEM... hehehhe









Sunday, July 4, 2010

**Sunday Blues**

~~Sekadar coretan dan berkongsi pendapat tentang kehidupan. Semua pendapat adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga pemikiran sendiri~~





Terlalu banyak peristiwa, kejadian, dugaan, cabaran, kesedihan, kegembiraan dan berbagai rencah kehidupan yang kita telah, sudah dan akan lalui sepanjang kehidupan kita. Semua yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku memberi kita pelbagai pengalaman dan sedikit sebanyak dapat memberi kita kesedaran mengenai kehidupa kita. Tidak semua yang kita lalui memberi kesan yang baik dan tidak semua perkara juga memberi kesan yang buruk kepada kita. Yang penting, AKAL yang dikurniakan ALLAH dan juga keimanan yang ada dalam diri dijadikan panduan untuk membuat keputusan dalam kehidupan kita.



Manusia dikurniakan AKAL untuk berfikir. Manusia yang dijadikan ALLAH dikurniakan AKAL dan NAFSU. Perkara yang penting sekali yang perlu diingat dan disemat di hati adalah... AKAL digunakan untuk menwal NAFSU dan bukannya NAFSU yang mengawal AKAL kita. Sering kali kita terbaca...ikut hati mati, ikut nafsu binasa... renungkanlah kenapa kata-kata itu boleh wujud.



Kita selalu berasa gembira bila apa yang dikehendaki dapat diperolehi dan berasa duka bila apa yang diimpikan terlepas dari tangan kita. Tapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita boleh terlepas dari mendapatkan impian kita?? Sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmah yang disembunyikan ALLAH dimana akhirnya ia akan memberi kebaikan dalam kehidupan kita. Contohnya, kita mengimpikan mempunyai rumah yang besar dan kereta yang mahal. Dengan itu, kita bekerja bersungguh-sungguh, kumpul duit. Sampaikan ada buat bisnes, kerja tambahan selepas kerja. Kita berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan itu. Tapi akhirnya, kita masih tidak dapat mengecapinya malahan bila duit yang kita usahakan itu sudah agak mencukupi, ada saja perkara yang datang yang memerlukan kita untuk menggunakan duit hasil titik peluh kita itu. Pernahkah kita terfikir kenapa ianya terjadi? Jika terjadi perkara tersebut, cuba kita renungkan semula puncanya. Pernahkah kita renungkan sepanjang usaha kita memenuhi impian yang kita harapkan itu, ada kekurangan dari segi pelaksanaannya. Bagi yang ISLAM, sepanjang kita mengumpul harta, adakah kita ada meninggalkan SOLAT, PUASA, IBADAT dan juga SEDEKAH? Sedangkan itulah yang dituntut oleh ISLAM bagi hambanya. Adakah kita ingt untuk membelanjakan harta kita bagi kemudahan keluarga kita?? Bagaimana dari segi membahagiakn IBU dan AYAH yang telah membesarkan kita dan membelanjakan wang untk kesenangan anak tersayang dan memerah tenaga bagi mendapatkan sesuap nasi?? Adakah kita masih ingat itu semua.



Lagi, pernahkah kita terfikir, bila kita dah dapat rumah besar dan kereta mahal, apakah yang terjadi dengan kehidupan kita?? Adakah kita masih berperangai seperti sebelumnya contohnya suka merendah diri, berbelanja mengikut keperluan, mudah memberikan pertolongan?? Adakah kita tahu?? Oleh itu, sekiranya kita masih tidak dapat meggapai impian kita dalam hidup...ada hikmah yang kita tidak tahu.



IMPIAN penting untuk memajukan diri tetapi jangan jadikan IMPIAN itu memusnahkan hidup kita...

Friday, July 2, 2010

Start Writing.......

Lama dah rasanye aku tak menulis dalam blog neh...macam sibuk je aku ni....skang ni aku dah gile main game investigation n cari barang...best giler..





Sebelum ni aku dah tulis ttg sahabat baik aku masa kat Poli....kali ni aku nak jump plak kat sahabat seangkatan di UMP plak....tu la...byk sgt tmpt belajar kan....



Ni antara kawan2 baik aku kat UMP.....di selepas gambar di edit...malas nak cari gambar satu2..huhuhu...masa gambar ni di edit...aku baru je lepas cekap gune Adobe Photoshop..huhuhu......yang ade kat dalam gambar ni Myza n Kyra....
Ni la kawan2 baik masa kat UMP...walaupun aku ni nampak senget sket, tp kawan2 aku semua jenis baik2..huhuhuhu....bertuah juga la dapat kawan2 yang baik neh...sekurang2 aku ni jadi gak la org yang betul....
Iniliah kawan baik aku kat UMP (sama batch)....tidak lupe juga pada kawan2 yang selalu lepak bilik aku, roomate aku n geng2 seangakatan yang berlainan batch...huhuhu....maklumla...kitorang ni budak lepasan diploma.....yang lain2 ramai lepasan matriks....